TIDAK SANGKA. Itu reaksi Faizah Yahya yang berjaya memenangi tempat pertama Peraduan Video Manisan Dulu-Dulu Adabi 2024.
Faizah, 32, berjaya menewaskan 30 peserta yang lain dengan mempersembahkan resepi tradisional Negeri Sembilan, kuih sopang.
Menurut Faizah, beliau mengetengahkan Kuih Sopang dalam peraduan tersebut memandangkan ia tidak begitu dikenali masyarakat luar.
Katanya, hal itu memandangkan kuih tersebut lebih popular dan sering kali didapati masyarakat Negeri Sembilan pada bulan puasa.

“Bahan utama untuk menghasilkan Kuih Sopang adalah kelapa yang mana untuk peraduan ini, saya menggunakan kelapa segar.
“Kuih ini jarang didapati dan hanya ‘muncul’ ketika bulan puasa. Dengan adanya peraduan seperti ini, ia sangat bagus kerana menonjolkan kuih tradisional yang semakin dilupakan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada UtusanTV dalam Majlis Penyampaian Hadiah Peraduan Video Manisan Dulu-Dulu Adabi 2024 di Kuala Lumpur, hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Adabi Consumer Industries, Syed Mahdzir Syed Manshor; Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkifli Hamzah dan Pengurus Adabi trading House, Mohd Yazid Md Mokhsin.

Untuk rekod, seramai 30 peserta telah menyertai peraduan yang dianjurkan Adabi dengan kerjasama UtusanTV.
Hanya 10 peserta terbaik berjaya mara ke separuh akhir yang mana setiap peserta dinilai melalui jumlah tontotan tertinggi melalui akaun rasmi TikTok UtusanTV selama tempoh lima hari sahaja.
Video Faizah berjaya meraih 89,300 jumlah tontonan manakala Muhammad Hafis Zulpakar yang berada di tempat kedua meraih sebanyak 79,800 jumlah tontonan.
Pemenang tempat ketiga, Santi Abdul Wahab pula berjaya meraih 78,600 jumlah tontonan.

Sementara itu, Mohd Yazid berkata, Adabi teruja dengan penyertaan ramai peserta muda walaupun peraduan kali ini bertemakan kuih tradisional.
“Sambutan kali ini memang ramai dan saya berterima kasih dengan penyertaan ramai peserta.
“Kali ini, ramai peserta yang menyertai peraduan ini terdiri daripada golongan muda sekaligus menonjolkan lagi kuih-kuih tradisional kita kepada generasi baharu,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

