Selain konsert, Lah Ahmad lancarkan album Jatuh sebagai ‘hadiah’ buat peminat

Dari Penulis

SELAIN menganjurkan konsert sulung, penyanyi Lah Ahmad akan turut melancarkan album keempatnya berjudul Jatuh di 25 Years Lah Ahmad Live In Concert.

Menurut Lah yang juga bekas kumpulan VE, judul Jatuh diambil daripada single terbaharunya yang turut dimuatkawn dalam album berkenaan.

“Hampir 95 peratus lagu yang ada dalam album Jatuh dihasilkan sepenuhnya oleh saya termasuklah single Jatuh.

“Single Jatuh memberi maksud jatuh cinta pada seseorang yang telah lama dinantikan sehingga ke akhir hayat.

“Single ini sudah pun dilancarkan pada Disember lalu. Selain Jatuh, single Ulangtahun akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Bagi peminat yang ingin dapatkan album ini, boleh dibeli di Shopee Salam Official mulai Februari ini dengan harga RM50 dan ia juga akan dijual pada hari konsert saya nanti,” katanya.

Lah Ahmad gembira dapat anjur konsert dan lancarkan album keempat

Dalam pada itu, berkongsi lanjut menngenai konsert yang bakal diadakan pada 28 Januari ini di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama E, Petaling Jaya, Lah bakal menyanyikan 20 buah lagu sepanjang perjalanan karier seninya.

“Saya akan menghiburkan peminat dengan seleksi lagu lama dan baharu daripada album saya sebelum ini.

“Konsert ini adalah impian saya yang sudah lama saya inginkan selepas showcase terakhir saya pada 2018 yang mendapat sambutan,” ujarnya.

Konsert itu nanti akan turut menampilkan pengarah muzik, Syawal Husin, Don (gitaris), Khazri (gitaris), Wan (drum), Amai (bass), Mirzan (keyboard) dan Ude Sitar (programmer).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This