“Kalau dah tengok dan rasa tak sesuai untuk ditonton, jangan tengok.”
Itu kata pelakon Amelia Henderson apabila diminta mengulas mengenai lakonannya dalam filem Pulau yang mencetuskan kontroversi hangat ketika ini.
Tegas Amelia, dia sama sekali tidak terlibat dengan babak panas seperti yang sedang tular di media sosial selepas treler filem terbabit ditayangkan di YouTube minggu lalu.
“Semua orang kena tengok karakter saya dalam keseluruhan filem itu dulu.
“Saya tidak terlibat dengan adegan panas itu. Saya hanya fokus kepada watak dan jalan cerita yang ada kaitan dengan saya sahaja supaya dapat menjiwai karakter dengan betul,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Penerbit Pulau, Fred Chong minta tonton dulu filem baru kritik – “Apa yang dilihat di trailer cuma satu peratus daripada keseluruhan filem,”, LPF diberi kandungan treler ‘Pulau’ berbeza untuk penapisan, Babak panas dalam filem Pulau, FINAS boleh batalkan lesen jika disabitkan atas suatu kesalahan,Filem ‘Pulau’ tidak sesuai ditayangkan, perlu teliti semula SOP – Fahmi
Selain Amelia, naskhah tersebut turut dibintangi oleh Alif Satar, Ikmal Amry, Harris Anuar, Namron, Pui Yi dan ramai lagi.
Filem arahan Euho itu akan ditayangkan pada 9 Mac depan.
Filem Pulau mendapat pelbagai respons dan ramai berpendapat karya terbabit tidak sesuai untuk ditayangkan kerana memaparkan adegan ‘soft porn’ selain pelakon wanita turut berpakaian bikini.
Malah, banyak pihak turut menentang filem terbabit ditayangkan kerana bimbang akan memberi perspektif negatif dan tidak bermoral kepada penonton.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

