Nabila Huda pelik kenapa ramai wanita Melayu obses nak kulit berwarna putih! – “Kulit asli warna kita ni sebenarnya menggambarkan wanita Melayu cantik”

Dari Penulis

PELAKON Nabila Huda mempersoalkan mengapa kebanyakan wanita Melayu terlalu obses dan ingin kelihatan cantik sehingga sanggup mengeluarkan wang belanja yang besar demi memutihkan kulit.

Ujar Nabila, sepatutunya wanita Melayu berbangga kerana memiliki kulit berwarna asli yang menggambarkan kecantikan seseorang.

“Kenapa ramai perempuan Melayu tak suka warna kulit sendiri? Ramai yang obses nak berkulit putih. Korang sedar tak, kulit asli warna kita ni sebenarnya menggambarkan wanita Melayu cantik,” ciapnya dalam satu perkongsian di Twitter.

Tambah Nabila lagi, sebagai seorang wanita yang dilahirkan dengan kulit berwarna sawo matang, pelakon filem Halimun itu tetap gembira dan bersyukur dengan warna kulitnya.

“Brown sugar is sexy you know. Saya suka dan bangga dengan warna kulit saya.

“Sejujurnya, kulit kita yang berwarna coklat perang ini lah yang paling senang jaga dan tak banyak kerenah. Korang hanya perlu jaga dia untuk sihat dan bersinar.

“Kulit berwarna coklat perang ini paling cantik kalau kena cahaya matahari sampai boleh bertukar jadi coklat keemasan! Seksi.

“Kalau semua wanita Melayu yang berkulit coklat bertukar jadi putih, hilanglah keaslian kita sebagai wanita Melayu,” katanya.

Tambah Nabila lagi, dia turut menitipkan pesanan kepada wanita di luar sana untuk menghargai setiap kelebihan dan kekurangan dalam diri.

“Kepada wanita di luar sana, jangan mudah terpengaruh dengan kecantikan tidak asli di sosial media.

“Hargailah kecantikan atau kekurangan yang ada pada diri awak, okay.

“Kita cantik dengan cara kita sendiri. Tak perlu nak jadi orang lain. Jadilah diri sendiri dan sayangi diri anda,” ungkapnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Selepas 7 tahun menyepi, Jason Mraz pilih Malaysia untuk konsert mega Oktober depan! Tiket mula dijual 11 Jun ini

SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat muzik tempatan bakal kembali disatukan dengan pelantun lagu hit global I’m Yours, Jason Mraz,...

More Articles Like This