Ahli UMNO Kuala Nerus buat aduan pada RoS tidak wakili UMNO Terengganu

Dari Penulis

TINDAKAN seorang ahli UMNO Kuala Nerus, Terengganu menghantar aduan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2022 adalah bersifat peribadi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata tindakan Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir itu tidak melambangkan pandangan atau pendirian UMNO Terengganu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal menyerahkan sepenuhnya kepada pimpinan tertinggi parti untuk menentukan bentuk tindakan atau hukuman yang bakal dikenakan terhadap ahli berkenaan.

“Siapa dia (Muhammad Aizat Fikri)? Dia hanya ahli biasa sahaja. Kalau kata nak bangkit juga ada ke dibuat mesyuarat khas jawatankuasa bahagian, mesyuarat khas dan sebagainya?,” katanya kepada pemberita selepas mengagihkan bantuan air minuman kepada kira-kira 500 penduduk Ketengah Jaya yang terjejas akibat terputus bekalan air.

Baca artikel berkaitan: Berani atau dipergunakan? Sindir Puad kepada KJ isu dua ahli UMNO adu RoS

Semalam, dua ahli UMNO dilaporkan menghantar aduan kepada RoS supaya semakan dibuat terhadap usul tambahan yang diluluskan semasa Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata keputusan parti untuk tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi berkenaan bukan kali pertama berlaku dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Katanya usul itu dipersetujui perwakilan memandangkan enam negeri iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang akan berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This