Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim GAMBAR: Abd Razak Aid

POLIS mendedahkan hasil siasatan awal punca pergaduhan dua isteri bekas jurulatih bola sepak disebabkan rasa tersindir.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kenyataan pengadu yang merupakan isteri kedua dalam sebuah program televisyen menyebabkan suspek marah.

“Pengadu juga mengatakan telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuan isteri pertama,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Tambahnya, suspek didakwa telah menarik rambut pengadu di dalam restoran tersebut sehingga membawa pergaduhan dan pertengkaran.

UtusanTV sebelum itu melaporkan, kedua-dua mereka bergaduh di sebuah restoran terletak di Shah Alam.

Mohd Iqbal berkata, pengadu telah membuat laporan polis pukul 2.18 pagi tadi sejurus selepas kejadian pergaduhan.

“Suspek juga turut membuat laporan polis pada hari yang sama,” katanya.

Ujarnya, setakat ini kedua-dua pihak telah dipanggil untuk diambil rakaman percakapan termasuk bekas jurulatih bola sepak tersebut.

Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram