Pemilik syukur ‘jodoh’ bersama motosikal masih panjang selepas pencuri gagal larikan

Dari Penulis

TULAR sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki cuba mencuri sebuah motosikal, tetapi gagal apabila motosikal tersebut tidak dapat dihidupkan.

Menerusi perkongsian Lyzs_quiens di laman TikTok, kejadian dipercayai berlaku di Bukit Bintang pada pukul 8.26 pagi kelmarin.

Dalam rakaman terbabit dapat dilihat empat lelaki yang menaiki tiga buah motosikal berhenti di hadapan sebuah premis yang tidak berpagar sebelum salah seorang bertindak turun.

Seorang suspek kemudian dilihat menggunakan alatan khas untuk membuka suis motosikal, tetapi tidak berjaya menghidupkannya selepas beberapa kali mencuba.

Baca artikel : Mahasiswa ucap terima kasih kepada pencuri selepas motosikalnya dicat baru

Mereka kemudian beredar sebelum meninggalkan motosikal terbabit di tengah jalan.

“Disebabkan perangai bodoh kau ni, aku pulak yang serabut kepala tak memasal nak cari workshop mana yang buka time raya Cina ni.

“Tak semena aku kena memikir mana nak cekau hasil untuk repair motor. Orang nak guna motor keluar cari rezeki bodoh weyh ! Dasar kurang ajar perangai masing masing,” tulis pemilik motosikal terbabit di ruangan kapsyen.

Sehingga kini, klip video tersebut mendapat perhatian lebih 163,200 tontonan dan 3,269 tanda suka.

Menurut pemilik motosikal itu, beliau telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.

Menerusi sebuah lagi hantaran perkongsian video, Lyzs_quiens menzahirkan kesyukuran kerana motosikalnya tidak sempat dilarikan suspek.

“Syukur sangat jodoh panjang lagi dengan motor ni.. kalau tak meraung dah,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This