Saarani Mohamad. GAMBAR: Info Rakyat

MAKNA ‘sedekah’ tidak sewajarnya diselewengkan ketika musim pilihan raya dengan niat mengikat hati pengundi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad  berkata, bersedekah adalah khusus bagi membantu golongan memerlukan, namun mestilah bukan terhad kepada musim pilihan raya semata-mata.

“Kalau tiba-tiba musim pilihan raya pula hendak berbudi, itu bukan sedekah yang terpuji. Itu menyalahgunakan perkataan sedekah.

“Sekarang ramai pelajar dan mahasiswa di universiti yang susah hingga tak cukup makan. Jadi mana-mana parti politik berilah bantuan kepada mahasiswa terbabit.

“Jangan tunggu masa dekat pilihan raya baharu nak beri tambang balik. Janganlah anggap rakyat Malaysia tak reti (tahu) sangat maksud sedekah,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: ‘Serangan keji’ ke atas al-Quran, Turkiye panggil Duta Belanda

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian dan Pelancaran Projek Piccadilly @ Greentown hari ini yang disempurnakan Raja di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Saarani berkata, setakat ini UMNO negeri tidak menerima sebarang laporan mengaitkan calon pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) memberi sebarang sumbangan demi meraih undi.

Jika terdapat calon sedemikian dikesan orang ramai, beliau meminta aduan disalurkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi tindakan sewajarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram