Kementerian Luar. GAMBAR: BERNAMA

MALAYSIA mengecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan di Tehran pada Jumaat, hingga menyebabkan seorang maut manakala beberapa kakitangan kedutaan cedera.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra) yang dikeluarkan pada Sabtu, Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan secepat mungkin.

Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga serta kepada kerajaan dan rakyat Azerbaijan, menurut kenyataan itu.

Kedutaan Malaysia di Tehran terus memantau keadaan dengan teliti dan berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi memperoleh maklumat mengenai situasi keselamatan terkini.

Misi diplomatik di Tehran boleh dihubungi melalui talian (+9821) 8807 2444 / (+9821) 8807 8606 atau e-mel: [email protected] kln.gov.my, menurut kenyataan itu.

Seorang penyerang bersenjata bertindak menyerbu kedutaan dengan menggunakan senjata automatik, lapor media antarabangsa memetik pegawai tempatan.

Ketua perkhidmatan keselamatan kedutaan disahkan terkorban manakala dua pengawal lagi cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi waktu tempatan di utara Tehran.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram