NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan, rasa tidak setuju dengan tindakan pemecatan dan penggantungan beberapa pemimpin serta ahli parti, semalam.
Beliau berkata, keputusan dibuat tidak mengikuti proses perundangan dan bertentangan dengan prinsip ‘natural justice’ seperti hak membela diri.
“Dalam isu ini tiada surat tunjuk sebab bagi yang dituduh mengetahui pertuduhan terhadap mereka. Tiada ruang menjawab pertuduhan melalui surat tunjuk sebab tersebut.
“Jika yang menuduh tidak puas hati maka yang dituduh perlu dirujuk kepada pendengaran dalam jawatankuasa disiplin bagi mempertahankan diri. Beliau boleh membawa saksi. Tuduhan perlu dibuktikan.
“Jika jawatankuasa disiplin mendapati yang dituduh bersalah atau sebaliknya maka jawatankuasa disiplin perlu memberi cadangan kepada jawatankuasa pengurusan UMNO.
“Jawatankuasa pengurusan UMNO perlu berbincang & membawa cadangan ke MT untuk keputusan,” katanya menerusi hantaran di Instagram beliau, hari ini.
Baca artikel lain: ‘Ini adalah permulaan baharu’ – Hishammuddin
Ismail Sabri mengesahkan, kesemua proses tersebut tidak dilaksanakan sebelum keputusan memecat dan penggantungan diambil.
Beliau turut dimaklumkan bahawa jawatankuasa tidak pernah menasihatkan Presiden UMNO untuk sebarang tindakan namun hanya memaklumkan tentang terdapat laporan dibuat terhadap yang dituduh.
“Maka saya menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan tersebut kerana terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan memecat & menggantung mereka.
“Sebagai sebuah parti yang bertamadun UMNO mesti dilihat telus dalam membuat sebarang tindakan,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

