Pemandu Navara mabuk rempuh Vios ditahan, dua budak termasuk bayi parah dalam kemalangan dekat Kluang

Dari Penulis

DUA kanak-kanak termasuk seorang bayi berusia setahun lima bulan parah selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah Nissan Navara dipandu lelaki mabuk di kilometer 57 Jalan Batu Pahat – Mersing petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Md Noh berkata, mangsa yang parah dikenali sebagai Nur Hana Humaira dan Nur Aisyah Humaira, 6 tahun.

“Kedua-dua mereka mengalami pendarahan di otak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kedua-duanya masih menerima rawatan di Zon Merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom manakala ibu bapa mereka yang turut cedera menerima rawatan di zon kuning hospital sama.

“Hasil siasatan awal Nissan Navara dan Toyota Vios dari arah yang sama, dari Kluang menghala ke Mersing.

“Apabila sampai di tempat kejadian, suspek melanggar belakang mangsa hingga menyebabkan Vios hilang kawalan lalu melanggar pokok di bahu jalan sebelah kiri.

“Akibat dari pelanggaran itu, pemandu, 34, dan penumpang kereta termasuk isteri mangsa berusia 37 tahun yang beralamat di Felda Kahang Timur itu cedera,” katanya.

Tambahnya, pemandu Navara, seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditahan.

“Suspek dipercayai mabuk semasa kejadian tersebut dan sampel darahnya sudah diambil di HEBHK untuk dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan toksikologi,” Ujarnya.

Beliau berkata, saringan ujian air kencing dijalankan ke atas suspek tetapi negatif dan polis akan dibuat permohonan reman di mahkamah hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This