Anwar mesti jelaskan siapa lagi lantikan rahsia? – Wan Saiful

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk memberi penjelasan sama ada masih ada lagi lantikan rahsia selain anak beliau, Nurul Izzah Anwar.

Gesaan itu dilakukan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan dalam kenyataan hari ini.

Wan Saiful menegaskan, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut perlu menjelaskan berapa ramai lantikan rahsia yang telah dibuat selepas menjadi Perdana Menteri.

“Saya juga menuntut Anwar jelaskan kenapa perlantikan Nurul Izzah dirahsiakan. 

“Selain itu, Anwar mesti jelaskan apa bidang kuasa yang diberi kepada Nurul Izzah,” katanya.

Baca lagi: Lantikan tidak menyalahi undang-undang – Pegawai Nurul Izzah

Mengulas lanjut, Wan Saiful yang juga ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata, tindakan melantik anak sendiri sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan adalah satu daripada amalan nepotisme.

Jelas beliau, jawatan sebagai Penasihat Perdana Menteri itu merupakan satu kuasa yang besar walaupun ada yang mengatakan ia pro bono.

“Rakyat persoalkan kuasa dan kedudukan yang diberi. Sama ada bergaji atau tidak adalah tidak relevan.

“Padahal, Malaysia ini negara yang kaya dengan kepelbagaian dan telah melahirkan ramai pakar-pakar ekonomi dan kewangan tersohor tanah air. 

“Kita ada anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Kadazan, anak Iban dan pelbagai lagi. 

“Tapi rupa-rupanya yang dipilih ialah anak Anwar! Untung jadi anak Papa!,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This