Lantikan tidak menyalahi undang-undang – Pegawai Nurul Izzah

Dari Penulis

PELANTIKAN Nurul Izzah Anwar sebagai Penasihat Ekonomi dan Kewangan Perdana Menteri didakwa dapat mengubah tanggapan masyarakat terhadap nepotisme.

Perkara itu dinyatakan oleh pegawai kanan Nurul Izzah iaitu Amir H Ghazali seperti dilapor Malaysiakini.

“Selain itu, pelantikan Nurul Izzah juga akan dilihat sebagai usaha merubah persepsi bahawa anak beranak juga layak jika tujuannya untuk mengumpul atau mendapatkan balik kekayaan negara untuk dipulangkan kepada rakyat,” kata Amir.

Amir pada masa sama menegaskan, tidak timbul dakwaan kronisme atau pun nepotisme menerusi pelantikan itu kerana ia dibuat demi kepentingan negara.

“Lagi pun Nurul Izzah bukan CEO atau pengerusi yang ada sebarang kuasa untuk meluluskan projek, tender dan sebagainya,” katanya lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mempertahankan kelayakan anak sulungnya itu untuk menjadi penasihat tidak bergaji dalam soal ekonomi dan kewangan.

Baca artikel lain: Malaysia ambil langkah segera tambah baik pengurusan pekerja Indonesia

Anwar berkata, selain memegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, Nurul Izzah juga memiliki Ijazah Sarjana Dasar Awam dari Johns Hopkins School of Advanced International Studies.

Amir menambah, tidak semestinya kronisme atau nepotisme diukur disebabkan penglibatan anak beranak jika seseorang itu mempunyai kredibiliti serta kebolehan.

Beliau mendedahkan tugas Nurul Izzah tertumpu kepada usaha mendapatkan maklum balas rakyat terhadap bajet dan dasar kerajaan.

Katanya, lantikan Nurul Izzah membentuk pasukan yang rapat dengan Perdana Menteri memudahkan pelan tindakan antara Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

“Justeru, buat apa hendak menggelabah jika sekiranya pihak-pihak di sebelah sana yang kini pembangkang kalau tidak melakukan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This