TULAR sebuah klip video memaparkan kejadian seorang lelaki mengamuk sambil membawa sebatang kayu di sebuah sekolah.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Epinmusa di laman TikTok, kejadian amuk difahamkan berpunca apabila anaknya dipukul oleh seorang guru lelaki di sekolah tersebut.
Bagaimanapun, Epinmusa kemudian mengesahkan kejadian tersebut hanyalah sebagai satu projek kesedaran.
“Ini projek baru untuk sekolah. Projek kesedaran,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.

Baca artikel : Lelaki ditahan selepas amuk guna pisau potong daging
Menerusi video terbabit, dapat dilihat lelaki tersebut cuba mengertak seorang guru di kawasan tapak perhimpunan.
Malah, terdapat beberapa guru yang melihat kejadian cuba menenangkan lelaki tersebut dari bertindak di luar kawalan.
Lelaki terbabit kemudian melarikan diri selepas lonceng sekolah berbunyi.
Sementara itu, Sekolah Kebangsaan Taman Warisan Puteri, Seremban, dalam sebuah hantaran di Facebook mengesahkan kejadian adalah sebagai latihan demonstrasi keselamatan menghadapi orang mengamuk.
“Objektif: sebagai persediaan dan latihan kepada pelajar dan guru sekiranya kejadian ini berlaku di sekolah.
“Persediaan untuk bertindak menyelamatkan diri sekiranya kejadian berlaku di sekolah,” tulis hantaran itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai latihan tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram