PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kecewa terhadap tindak-tanduk Kerajaan Pakatan Harapan (PH)- Barisan Nasional (BN) yang menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka untuk membunuh kredibiliti parti itu dan juga Perikatan Nasional (PN).
Merujuk kepada tindakan Suruhanjaya Pencagahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku akaun Bersatu, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Hamzah Zainudin berkata, Bersatu akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat ke atas parti itu dapat dihentikan segera.
“Bersatu dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil SPRM itu adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada Bersatu.
“Bersatu akan terus memberi kerjasama dalam siasatan ini agar fitnah jahat ke atas Bersatu dapat dihentikan segera. Para pemimpin dan pegawai parti diminta memberi keterangan kepada SPRM juga telah diarahkan agar memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya.
BERITA BERKAITAN SPRM sah akaun PPBM dibekukan lebih 2 minggu lalu – Azam Baki
Katanya, Bersatu kesal terhadap tindak-tanduk kerajaan PH-BN yang menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik mereka bagi membunuh kredibiliti parti lawan.
“Kami yakin, rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepotisme kerajaan mereka.
“Bersatu sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Semua ahli-ahli BERSATU dan pemimpin semua peringkat diminta bersabar dan terus beristiqamah dalam menghadapi ujian dan fitnah ini,” tambahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’