SEORANG lelaki ditahan orang kampung selepas mengamuk menggunakan sebilah sabit di Padang Pak Amat, Pasir Puteh, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 9.10 pagi.
Beliau berkata, sepasukan polis tiba di lokasi dan mendapati suspek telah ditahan orang awam.
“Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis dan telah dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah Pasir Puteh untuk tindakan.
“Semakan lanjut mendapati terdapat beberapa video berkenaan kejadian telah tular di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca artikel ; Lelaki mengamuk pegang kayu hanya lakonan program sekolah
Tambahnya, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak benar berkaitan video tular tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Nabil Aizat Rusdy di talian 013-6232713 bagi membantu siasatan lanjut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

