Terima suapan RM650 lesen ‘gerenti lulus’, pekerja sambilan sekolah memandu direman

Auzaee Athallah
Auzaee Athallah
Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

Dari Penulis

SEORANG pekerja sambilan sebuah sekolah memandu direman selama lima hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistret Shah Alam selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang calon ujian memandu.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Faizah Abdul Sani, pagi ini terhadap suspek yang berusia 47 tahun itu sehingga 6 Februari ini selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek yang juga bekerja tetap sebagai pembantu tadbir kanan disiasat selepas disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM650 daripada calon ujian memandu.

Suspek melakukan perbuatan itu di Sekolah Memandu PJ, Petaling Jaya yang dimiliki oleh bapa mentuanya sebagai dorongan untuk membantu calon ujian memandu berkenaan mendapatkan lesen memandu tanpa gagal atau ‘gerenti lulus’.

Permohonan itu dibuat oleh Penolong Penguasa, Wan Norrazif Mohameed manakala suspek diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Semalam, media melaporkan SPRM telah menahan seorang wanita kira-kira jam 4.30 petang kerana disyaki melakukan perbuatan itu.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim yang mengesahkan perkara itu berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis tumpaskan geng samun bersenjata di Jasin, empat lelaki diberkas

POLIS menahan empat lelaki termasuk tiga yang didapati positif dadah kerana disyaki terbabit dalam kes samun bersenjata dan melarikan...

More Articles Like This