Rugi lebih RM500,000, PDRM buka lima kertas siasatan tipu tawaran e-baucar

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka lima kertas siasatan di seluruh negara membabitkan kegiatan penipuan tawaran e-baucar atau e-ganjaran yang ditawarkan melalui aplikasi dalam talian.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, penipuan tawaran e-baucar itu telah menyebabkan kerugian mencecah RM508,261.09.

Menurut beliau, siasatan mendapati aplikasi tersebut telah diperkenalkan sejak tahun 2020 dengan menawarkan pembelian barangan serta perkhidmatan melalui penggunaan e-dompet.

Noorsiah memaklumkan, pengguna akan diberikan penjimatan sehingga 50 peratus menerusi setiap pembelian yang dilakukan.

“Pengguna turut menerima mata ganjaran yang seterusnya boleh ditebus menerusi pembelian barangan atau pun wang tunai yang akan dikreditkan ke dalam akaun.

“Pengguna yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini perlu mendepositkan sejumlah wang ke dalam aplikasi tersebut.

Baca artikel berkaitan: Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman

“Pada peringkat awal, segala urus niaga melalui aplikasi ini dan penebusan mata ganjaran berjalan lancar, namun sejak penghujung tahun 2022, masalah mula timbul apabila pengguna gagal membuat pembelian dan penebusan mata ganjaran tidak dapat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memaklumkan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Noorsiah berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pada Oktober tahun lepas telah mengeluarkan kenyataan berhubung serbuan terhadap syarikat yang terbabit dengan kegiatan itu yang disiasat mengikut Seksyen 4(1) dan Seksyen 27B Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.

Jumaat lepas, media melaporkan kira-kira 100 laporan polis dibuat membabitkan kerugian hampir RM5 juta berhubung penipuan tawaran e-baucar atau e-ganjaran yang menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Mahfuz dakwa Onn Hafiz kaitkan istana dengan politik

NAIB Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mahfuz Omar menegur tindakan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang mengaitkan...

More Articles Like This