BEKAS Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini diumumkan keluar daripada parti itu, bersama beberapa lagi anggota.
Menurut Timbalan Presiden parti itu, Datuk Marzuki Yahya beliau bersama 11 lagi anggota lain turut mengambil keputusan yang sama selepas kecewa apabila Pejuang membuat keputusan keluar dari Gerakan Tanah Air (GTA).
Perkara itu dimaklumkan menerusi surat bertarikh 10 Februari (hari ini) kepada Setiausaha Agung Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah, seperti yang dikongsi Marzuki melalui Facebook miliknya hari ini.
“Keputusan Pejuang memutuskan hubungan dengan GTA secara langsung menyingkir kami dari kekal sebagai ahli apabila kami bertindak meneruskan perjuangan di atas landasan GTA.
“Bagi kami, matlamat perjuangan GTA adalah untuk menyatupadukan parti-parti Melayu, badan-badan bukan kerajaan dan juga orang perseorangan yang berprinsip dan berpegang kepada perjuangan untuk membela agama, bangsa dan tanah air.
“Di atas kesedaran ini, kami memilih untuk meneruskan perjuangan itu melalui GTA,” menurut surat itu.
Pada pertengahan bulan lalu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu mengambil keputusan untuk berundur daripada GT) bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti itu sendiri.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

