TIMBALAN Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr P Ramasamy mendakwa kenyataannya berhubung pembaharuan dalam sektor perkhidmatan awam negara telah disalah tafsir.
Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II berkata, cadangan untuk melakukan pembaharuan dalam perkhidmatan awam itu hanya merujuk kepada amalan tadbir urus semata-mata.
Jelas beliau, kenyataan itu sama sekali tidak bermaksud untuk memecahkan monopoli orang Melayu seperti yang disalah tafsir segelintir pihak.
“Perkara yang menggesa perubahan kepada amalan tadbir urus, tidak sama dengan ‘memecahkan monopoli orang Melayu’.
“Tetapi malangnya, ahli politik beberapa parti komponen Pakatan Harapan (PH) cuba mentafsir semula berita terpakai di media untuk memberikan sifat perkauman kepada hujah saya berkenaan reformasi dalam perkhidmatan awam.
“Inilah yang berlaku apabila kebenaran diputar-belitkan dengan konteks kutukan perkauman dan ekstremisme agama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca lagi: Ramasamy cerminan suara hati DAP yang alergik dengan Melayu – Radzi
Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan beberapa ahli politik yang menggesa beliau dipecat berikutan kenyataan kontroversinya yang mencadangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memecahkan monopoli orang Melayu dalam sektor awam.
Ramasamy berkata, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg dan jurucakap G25, Noor Faridah Mohd Ariffin sebelum ini juga mencadangkan pembaharuan dalam perkhidmatan awam sebelum ini.
“Menggesa supaya tindakan terhadap saya tidak akan menyembunyikan masalah sebenarnya yang wujud berkenaan perkara ini.
“Dalam kes ini, kebenaran mengenai perkhidmatan awam kelihatan tidak menyenangkan bagi mereka yang ingin mengukuhkan status quo sedia ada dalam perkhidmatan awam,” katanya.
Katanya, pandangannya berkenaan perkhidmatan awam adalah pandangan peribadi, sekali gus ia tidak menggambarkan kedudukan parti atau pemimpinnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

