TUDUHAN beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Perdana Menteri berhubung pengharaman tiga penerbitan disifatkan keterlaluan.
Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti Majlis Perundingan Melayu (MPM), Kamal Shukri Abdullah Sani berkata, tuduhan NGO tertentu bahawa pengharaman itu menunjukkan sikap konservatif kerajaan kononnya telah melupakan rakyat yang telah mengundinya juga amat dikesali.
Menurut beliau, MPM menyambut baik ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengharamkan tiga penerbitan bertajuk ‘The Tale of Steven’, ‘Jacob’s Room To Choose’ dan ‘Aku’.
Beliau turut membidas NGO yang membantah pengharaman tersebut sedangkan konsep masyarakat Madani yang dihasratkan Perdana Menteri kini amat berkait rapat dengan keperibadian murni dan kesejahteraan fizikal, jiwa serta roh.
Kamal Shukri berkata, ketiga-tiga buah penerbitan itu jelas membahayakan daripada segi moral kerana membawa unsur gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
“Penerbitan tersebut boleh mempengaruhi jiwa dan peribadi remaja serta generasi muda terutama anak-anak sekolah yang belum matang dan masih tercari-cari identiti masing-masing dalam keadaan jiwa dan psikologi yang masih rapuh.
“Apatah lagi nilai yang digambarkan dalam penerbitan tersebut amat bertentangan dengan nilai murni rakyat Malaysia, masyarakat Timur dan agama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca artikel berkaitan: KDN akan keluarkan kanak-kanak di depot imigresen – Saifuddin Nasution
Mengulas lanjut, Kamal Shukri berkata, ada penulisan berbentuk abstrak seperti terkandung dalam The Tale of Steven seolah-olah mencari identiti sendiri.
“Tidak semua remaja dapat berfikir dengan baik seperti orang dewasa dan mereka tetap perlukan bimbingan daripada individu yang lebih matang, berintegriti dan bermoral tinggi,” jelas beliau.
Minggu lalu, KDN mewartakan Perintah Larangan terhadap tiga buah penerbitan bertajuk ‘The Tale of Steven’, ‘Jacob’s Room To Choose’ dan ‘Aku’ selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012).
KDN dalam kenyataan berkata Perintah Larangan itu dikeluarkan menerusi Warta Kerajaan P.U.(A) 24, 25 dan 26 bertarikh 20 Jan 2023.
Menurut KDN, perintah itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan hasil penerbitan tersebut adalah dilarang di seluruh negara.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

