Kadar upah rendah, alasan pihak industri tidak relevan – PKPB

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

ALASAN yang digunakan pihak industri di Malaysia memberi kadar upah rendah kepada para pekerja adalah tidak relevan.

Itu penegasan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohamad Rizan Hassan.

Menurut Mohd Rizan, PKPB menolak pandangan pihak industri bahawa kenaikan gaji pekerja lebih tinggi berbanding kadar produktivit.

Jelas beliau, sudut pandangan itu memberi mesej jelas yang pihak industri di Malaysia lebih mengutamakan keuntungan dengan kadar upah rendah.

“Bagi industri, secara mudahnya, produktiviti adalah output yang dikeluarkan lebih banyak daripada input, iaitu berapa banyak hasil yang majikan dapat daripada apa yang mereka laburkan. 

“Ia adalah satu ukuran kecekapan seseorang untuk menyelesaikan sesuatu tugas. 

“Tetapi definisi ini lebih sesuai untuk produktiviti hasil kilang, berbanding dipadankan dengan produktiviti manusia sebagai makhluk hidup,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: Isu kekurangan tenaga kerja belia semakin kritikal – PKPB

Mengulas lanjut, Mohamad Rizan berkata, pihak industri perlu memainkan peranan untuk membudayakan pembelajaran sepanjang hayat melalui reskilling dan upskilling di tempat kerja.

Selain itu, katanya, latian teknikal dan vokasional (TVET) untuk golongan belia juga perlu diberikan.

Hal itu jelas beliau adalah kerana latihan TVET yang diterajui pihak industri ketika ini dilihat tidak memberi impak besar kepada negara.

“Membangunkan modal insan berkemahiran di Malaysia bukan sekadar menentukan siapa peneraju latihan TVET atau isu gaji bermaruah untuk generasi muda semata-mata tetapi menuntut kerajaan, institusi latihan kemahiran dan industri menjadi rakan pembangunan yang baik dan “orang dewasa yang dipercayai”, katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

SKDS diperluas kepada jip, pikap syarikat mulai 15 Julai

KERAJAAN memperluaskan kelayakan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) kepada kenderaan persendirian syarikat kategori jip dan pikap, sekali gus membolehkan...

More Articles Like This