MIE Racing Honda Team dalam kenyataan hari ini mengumumkan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebagai penaja terbaharunya menjelang pembukaan Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) FIM 2023 di Litar Phillip Island, Australia.
Perjanjian dengan Petronas akan membolehkan pasukan milik Midori Moriwaki itu mengembangkan projeknya selain menetapkan beberapa matlamat untuk tahun 2023 dan seterusnya.
WSBK FIM 2023 merupakan satu daripada kejohanan utama yang membolehkan penunggang motosikal dari seluruh dunia bersaing di peringkat tertinggi.
Petronas MIE Racing Honda Team akan bersaing di WSBK FIM 2023 menggunakan khidmat Hafizh Syahrin dan Eric Granado.
Sementara itu, bagi kelas Supersport World Championship (WorldSSP) pula, ia akan diwakili pelumba muda Tarran Mackenzie dan Adam Norrodin menerusi pasukan Petronas MIE MS Racing Honda.
Kesemua pelumba bersama Midori dan wakil Petronas mendedahkan motorsikal Honda CBR1000RR-R dan Honda CBR600RR yang bakal digunakan dalam pelancaran secara maya.
Sementara itu, Midori menyatakan rasa gembira dengan pengumuman Petronas sebagai rakan penaja utama.
“Ia sesuatu yang membanggakan dan kepuasan bagi MIE Racing Honda Team untuk mengumumkan kerjasama jangka panjang bersama Petronas dan berharap untuk mengembangkan keberadaan kami dalam kejohanan ini,” katanya.
Dalam pada itu, Pengurus Besar Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Datin Anita Azrina Abdul Aziz gembira menjalinkan kerjasama dengan Midori dan teruja untuk memulakan projek ini.
“Kami sudah bekerja dengan Midori sebelum ini dan berharap mampu menjalinkan kerjasama dengan jayanya bersama Petronas MIE Racing Honda, FIM WSBK memberi peluang kepada kami untuk maju ke hadapan dalam teknologi sukan permotoran sekali gus mengkomersialkan jenama Petronas.
“Kami bersemangat untuk melihat persembahan pelumba untuk WorldSBK dan WorldSSP. Kita juga berpeluang untuk mengasah kemahiran bakat milik Malaysia di dalam segmen ini, di mana ia begitu ditunggu-tunggu,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

