PM tiba di Parlimen bentang Belanjawan 2023 Malaysia Madani

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Rakyat bagi membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani, sebentar tadi.

Anwar yang juga Menteri Kewangan membawa beg fail dengan corak tenunan songket Sarawak yang diisi dokumen Belanjawan 2023.

Ahli Parlimen Tambun itu tiba di Dewan Rakyat kira-kira pukul 3.55 petang tadi.

Beliau turut diiringi dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong.

Beliau sebelum ini dilaporkan berkata Belanjawan 2023 Malaysia Madani akan mengambil kira cabaran ekonomi semasa dan pada masa sama, memacu pertumbuhan ekonomi negara di samping menarik pelaburan.

Belanjawan 2023 adalah yang pertama dibentangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023: Cuepacs mohon gaji penjawat awam naik

Bajet tahunan negara itu bakal mencuri perhatian rakyat memandangkan Anwar kembali untuk mengemukakan pelan nasional yang dijangka merangkumi peruntukan bagi bidang digitalisasi, sekuriti makanan dan industri kecil sederhana.

Perdana Menteri pada 20 Disember lalu membentangkan peruntukan khas (bajet mini) di bawah Akta Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang berkuat kuasa 1 Januari 2023 bagi tujuan perbelanjaan perkhidmatan membabitkan wang sejumlah RM107,718,676,650.

Sebelum ini, Bajet 2023 bernilai RM372.3 bilion yang disediakan kerajaan pimpinan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak sempat dibahas dan diluluskan, sebelum terbubarnya Parlimen pada 10 Oktber 2022 bagi memberi laluan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kali terakhir Anwar membentangkan belanjawan adalah pada Oktober 1997 iaitu sempena Belanjawan 1998.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli: ‘Jika terbukti salah, mereka hendaklah disingkirkan daripada MRSM’

PENGERUSI Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengarahkan tindakan tegas diambil terhadap enam pelajar Tingkatan Lima...

More Articles Like This