Ismail Sabri nafi bersara daripada politik

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan beliau akan bersara daripada politik, sebaliknya menegaskan untuk terus aktif selaku Ahli Parlimen Bera, walaupun tidak lagi bergelar Naib Presiden UMNO.

Katanya, beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas diberitahu menang tanpa bertanding jawatan itu oleh Setiausaha UMNO Bera.

“(Laporan media) biasanya sumber ini tak berapa betul, dia kena dapat daripada saya sendiri, saya dah sebutkan yang pertamanya saya belum membuat keputusan bertanding atau tidak jawatan Naib Presiden UMNO.

“Tetapi yang pasti saya akan bertanding Ketua Bahagia Bera kerana saya masih Ahli Parlimen Bera, jadi saya akan serve lagi sebagai Ketua Bahagian UMNO.

“Jadi tiada sebablah saya nak bersara, saya tak pernah kata saya nak bersara cuma saya tak bertanding Naib Presiden, waktu itu saya cuma bayangkan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutupan Latih Amal Bera 2023 di Bera Waterfront.

Walaupun difahamkan beliau telah menang tanpa bertanding, Ismail Sabri berkata beliau akan menunggu keputusan muktamad daripada Ibu Pejabat UMNO, mengenai keputusan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.

Mengulas sama ada beliau akan membuat kemunculan semula dalam apa-apa jawatan tertinggi parti pada masa depan atau terus mempertahankan kerusi Ahli Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Ismail Sabri berkata ia akan ditentukan oleh masa.

“Lima tahun masa yang panjang. Saya sudah tua pada waktu itu… sudah 68 tahun. Pada sesetengah orang usia 68 masih muda dan ada orang berasa tua. Tengoklah… (Untuk bertanding PRU), saya sudah melahirkan pemimpin muda di Bera.

“Kalau mereka tunjukkan prestasi dengan baik, saya tiada masalah untuk memberi laluan kepada mereka. Lima tahun tempoh yang panjang, apa-apa boleh terjadi… kita tunggu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This