Volvo lancar bas dua tingkat B11RLE pertama di Malaysia

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

VOLVO Buses Malaysia mengambil langkah proaktif dalam industri bas ekspres negara apabila memperkenalkan bas dua tingkat Volvo B11RLE 6×2 yang pertama di Malaysia.

Lebih menarik, Volvo B11RLE dipasang dan dibina di Malaysia sekaligus menjadikannya sebagai satu-satunya pasaran di Asia yang menawarkan model tersebut.

Perkara itu menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilihat akan menggalakkan lebih banyak usaha dan pelaburan ke dalam industri bas tempatan.

Anthony berkata, ia sekaligus akan memberi manfaat kepada para pelanggan dengan tawaran perjalanan yang lebih selamat, selesa dan menyeronokkan.

“Kami sangat teruja untuk melihat pengeluar seperti Volvo bekerjasama dengan rakan pembuat badan bas tempatan seperti Truckquip.

“Sebagai pengantara di antara negeri dan perjalanan rentas sempadan, bas ekspres memainkan peranan penting dalam sistem pengangkutan negara.

“Perjalanan bas antara bandar memberi perkhidmatan ke sesuatu kawasan atau bandar yang mungkin sukar ditujui, selain menawarkan alternatif yang lebih fleksibel dan ekonomikal kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pelancaran bas dua tingkat Volvo B11RLE 6×2 di pejabat Volvo Group Malaysia, Shah Alam.

Turut hadir ialah Duta Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom; Naib Presiden Volvo Buses Asia Pacific, Mats Nilsson; Naib Presiden Eksekutif Kumpulan Warisan TC Holding Berhad, Tan Keng Meng dan Pengarah Urusan Kumpulan Sani, Wan Mohd Iskandar Salleh.

Baca lagi: Laungan azan tengah laut dan dikelilingi ikan sebesar bas, lelaki ini kongsi kisah bapa terapung lebih 24 jam di laut

Sementara itu, Mats berkata, Volvo B11RLE 6×2 itu direka khas bagi memenuhi jangkaan, keperluan dan operasi di Malaysia.

Ujar beliau, ia juga jelas menunjukkan komitmen Volvo untuk membangunkan sektor pengangkutan awam selaras dengan hasrat kerajaan.

“Kami yakin dengan pertumbuhan bas ekspres dan bas persiaran premium dalam pasaran bas di Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Mohd Iskandar berkata, pihaknya yakin model Volvo B11RLE 6×2 yang baharu itu akan dapat meningkatkan lagi rangkaian bas miliknya ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau berkata, model tersebut dilihat mampu menawarkan keselesaan luar biasa kepada pelanggan yang perlu mengharungi perjalanan jauh menuju ke destinasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Harga diesel turun 30 sen seliter minggu ini

HARGA diesel di Semenanjung diturunkan 30 sen seliter bagi tempoh 18 Jun hingga 24 Jun ini. Kementerian Kewangan dalam kenyataan...

More Articles Like This