POLIS berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 22 kes pecah masuk klinik di malam hari dengan tertumpasnya Geng Adem.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, 11 kes dilaporkan di sekitar Kuala Lumpur manakala 11 lagi kes di sekitar Selangor.
Katanya, polis menahan empat lelaki dan seorang wanita tempatan selepas mereka memecah masuk sebuah klinik di Jalan Sentul pada 23 Februari lalu.
“Kesemua suspek berusia lingkungan 22 hingga 32 tahun yang ditahan secara berasingan di Sentul dan Sri Damansara pada 1 Mac,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, hari ini.
Tambahnya, hasil siasatan awal mendapati kegiatan ini didalangi oleh dua orang lelaki warga tempatan, diketuai oleh seorang suspek yang dikenali dengan nama panggilan Adem berumur 31 tahun.
“Mereka menyasar klinik yang tidak beroperasi pada waktu malam sebelum memecah masuk.
“Polis turut merampas dua batang perengkuh paip, sebuah kereta, enam buah telefon serta pelbagai jenis peralatan klinik dan ubat-ubatan,” katanya.
Ujarnya, tiga orang suspek yang ditangkap mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau.
“Kesemua tangkapan telah direman sehingga esok bagi membantu siasatan,” ujarnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

