ISU melibatkan masyarakat Rohingya sudah berlarutan sejak sekian lama.
Masalah ini dilihat semakin menjadi ‘barah’ apatah lagi timbul isu sosial melibatkan golongan Rohingya.
Bukan menidakkan soal kemanusiaan tetapi kehadiran golongan berkenaan membuatkan ramai semakin kurang selesa.
Keengganan untuk berasimilasi bersama masyarakat tempatan apabila sering dikaitkan dengan ancaman terhadap keselamatan, kesihatan dan kebersihan menjadikan rakyat Malaysia makin ‘muak’ dengan tingkah laku mereka.
Pelbagai isu sosial terutama pengemis kanak-kanak bertindak biadab, pecah rumah dan beberapa lagi kes jenayah termasuk gaduh dan bunuh dikaitkan dengan golongan itu sering dilaporkan oleh media.
Negara juga pernah dikejutkan tahun lalu dengan insiden 528 tahanan etnik Rohingya di Depot Imigresen Relau, Kedah bertindak merusuh dan melarikan diri dengan enam daripada mereka maut selepas dirempuh kenderaan.
Baru-baru ini, seorang buruh etnik Rohingya pula ditahan selepas disyaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan yang juga jirannya di Semabok, Melaka.
Sebagai rekod, data Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) pada akhir Januari lalu mendapati 106,500 pelarian Rohingya berada di negara ini.
Jumlah tersebut adalah daripada 158,870 keseluruhan pelarian dari Myanmar.
Data itu turut menyenaraikan keseluruhan pelarian adalah seramai 183,790 individu.
Justeru, ada asas kepada kebimbangan masyarakat tempatan itu.

Baca artikel berkaitan: Rohingya di Melaka: USD50 juta, ratifikasi dan Ali Baba…
UtusanTV dalam laporan khas empat siri sebelum ini turut melaporkan kerisauan orang ramai tentang peningkatan jumlah Rohingya terutama di Melaka.
Malah, perkara itu dibawa sendiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang mahu tindakan segera diambil bagi memastikan isu tersebut dapat ditangani.
Tanpa mengenepikan isu kemanusiaan, Mohd Noor Helmy menegaskan, sikap dan tindak tanduk kebanyakan etnik Rohingya terutama di Jalan Pulau Senang 3, Semabok itu sudah semakin melampau.
Tegas Mohd Noor Helmy, pengasingan adalah jalan terbaik untuk memastikan warga tempatan kembali berasa selesa di tanah air sendiri.
Namun, apabila perkara ini diajukan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), isu ini ibarat tiada jalan keluar.
Kepada UtusanTV, pihak Menteri Dalam Negeri meminta untuk menghubungi Jabatan Imigresen tetapi apabila soalan dikemukakan, diam seribu bahasa.
Seolah-olah jalan buntu, masalah Rohingya pusing-pusing ke situ juga. Pi mai pi mai tang tu. Nampaknya belum ada jalan penyelesaian tuntas terhadap masalah Rohingya ini.
Sebelum terlambat perubahan perlu dilakukan. Tindakan mesti dilaksanakan segera. Sampai bila masyarakat tempatan perlu merana dan menjadi mangsa keadaan. Mereka semestinya diutamakan untuk mendapatkan keadilan.
Jangan sampai akhirnya nanti kita pula yang ‘mengemis’ di tanah air sendiri. Mengemis penyelesaian, mengemis keadilan!
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

