Amalan ‘Little Napoleon’ dalam perkhidmatan awam tidak serius – CUEPACS

Dari Penulis

KONGRES Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kewujudan golongan ‘Little Napoleon’ dalam perkhidmatan awam tidak terlalu serius hingga boleh menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Presidennya, Datuk Adnan Mat, berkata ini kerana sistem pentadbiran perkhidmatan awam dari masa ke masa telah mengalami peningkatan yang baik dan menyeluruh melalui transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

 Little Napoleon merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa seakan pegawai yang berada di peringkat tertinggi.

“Secara umumnya setiap penjawat awam tertakluk kepada Perintah Am yang diperincikan pelaksanaannya melalui pekeliling dan ditambah baik dari masa ke masa supaya mutu perkhidmatan sentiasa menepati keperluan pihak berkepentingan khususnya rakyat. 

“Namun sudah tentu apabila melibatkan organisasi besar seperti perkhidmatan awam, terdapat segelintir kecil penjawat awam yang mempunyai sedikit kuasa ini tersasar daripada landasan mereka,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri  majlis pelancaran Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sembilan 2023, di Seremban, hari ini.

BERITA BERKAITAN CEO GLC, GLIC perlu isytihar harta kepada SPRM – Perdana Menteri

Bagaimanapun, Adnan berkata ia tidak menggambarkan imej keseluruhan perkhidmatan awam kerana ia kebanyakannya adalah persepsi semata-mata berikutan kes-kes terdahulu telah mengakibatkan  perkara ini  dilihat seakan-akan masih berlaku secara berleluasa termasuk melalui media sosial.

Justeru, katanya, ketua jabatan di setiap agensi dan jabatan masing-masing perlu tegas selain memberikan penekanan kepada setiap pegawai bawahan untuk menghormati proses dan prosedur kerja.  

“Sifat memilih pegawai tertentu juga tidak wajar dilakukan kerana ia boleh menyebabkan mereka yang terpilih ini merasa ‘kebal’ dan arahan mereka lebih tinggi daripada prosedur kerja yang ditetapkan,” katanya.

Katanya, setiap jabatan juga perlu bersedia menerima aduan atau pandangan daripada kakitangan bawahan bagi memastikan gejala Little Napoleon ini tidak berleluasa.

Majlis pelancaran Bulan Wakaf tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Dr Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Sindiket potong minyak masak peket tumpas, 59 tan dirampas – KPDN

KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menumpaskan satu rangkaian sindiket penyelewengan minyak masak peket bersubsidi yang...

More Articles Like This