SEEKOR kuda belang dilaporkan “bersiar-siar” selama tiga jam di bandar Seoul, Korea Selatan petang semalam selepas terlepas dari sebuah zoo.
Memetik laporan BBC, kuda belang jantan yang dikenali sebagai Sero itu berjaya melarikan diri dari Zoo Seoul Grand Park dengan memecahkan pagar kayu di kandanganya.
Sepasukan anggota polis, pegawai bomba dan kakitangan zoo dikerah bagi menangkap kembali kuda belang itu dengan selamat.
Menerusi beberapa rakaman video tular, kuda belang tu dilihat berkeliaran di jalan raya dan kawasan perumahan penduduk.
Baca : Babi hutan 300kg tak tumbang selepas disumpit pelali 5 kali
Sero juga dikesan menyelongkar tong sampah di kawasan penduduk.
Sero berjaya ditangkap selepas dikepung di sebuah jalan yang sempit sebelum ditembak pelali.
Menurut pegawai zoo, kuda belang tersebut telah dirawat oleh doktor dan kini berada dalam keadaan stabil.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

