SPRM tahan 5 pegawai Imigresen Sabah, disyaki terlibat penyeludupan PATI

Dari Penulis

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) mengesahkan penahanan lima orang pegawai Jabatan Imigresen Sabah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Khamis lepas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan sindiket penyeludupan PATI.

Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh berkata, jabatan itu menyerahkan kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan JIM akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

“JIM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti.

“Tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Katanya, JIM serius dan komited dalam memastikan tahap integriti pegawai jabatan itu sentiasa berada di tahap maksimum melaksanakan pelbagai program bagi menerapkan nilai integriti yang tinggi dalam diri setiap pegawai imigresen.

Selain daripada itu, Jabatan ini sentiasa bekerjasama erat dengan agensi lain termasuk SPRM dalam usaha memerangi penyeludupan migran, tambahnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda...

More Articles Like This