‘Umpama nikah tak berkadi, cerai tak bertalak’, Ab Rauf tempelak kenyataan Jailani gantung tak bertali

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DAKWAAN Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis bahawa beliau seolah-olah digantung tidak bertali oleh UMNO ditempelak Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam sidang media hari ini, Ab Rauf menegaskan, Muhamamd Jailani sepatutnya memperbaiki kesilapan yang dilakukan setelah digantung oleh UMNO.

Malah, beliau yang juga Ketua Menteri Melaka tidak bersetuju dengan kenyataan Jailani bahawa UMNO menggantungnya tidak bertali.

“Apabila parti mengambil tindakan, dalam tempoh idah digantung keahlian, sepatutnya kita ikut tataetika parti supaya dapat memperbaiki kesilapan apa yang menyebabkan dia digantung.

“Kalau kita bersikap tidak menampakkan sealiran dengan parti, parti berhak untuk menjalankan tugas sebagai pentadbir kepada wakil rakyat dengan memberikan amaran dan tidak lagi memberikan kemudahan sebagai wakil rakyat berlandaskan aku janji yang telah ditandatangani sebelum menjadi calon.

“Kalau cakap begitu (digantung tidak bertali), saya tidak setuju. Seolah-olah kita ini bernikah tidak berkadi, bercerai tidak bertalak,” katanya dalam sidang media itu hari ini.

Muhammad Jailani sebelum ini dilaporkan berkata peruntukan di kawasannya disekat hingga menyukarkan memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Katanya, tindakan itu umpama digantung tidak bertali walaupun pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti berkenaan.

“Saya sudah minta cara baik tetapi digantung (keahlian). Ibaratnya, kamu kahwin dengan saya, tetapi kamu seksa saya… gantung tidak bertali.

Baca artikel lain: Jailani langgar aku janji, perlu tanggung kos, kata Ab Rauf

“Sekat peruntukan dan rampas pejabat saya. Macam mana saya nak berkhidmat?” katanya seperti dilaporkan.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan mengenai penyertaan Muhammad Jailani dalam PAS sejak Jun lalu.

Takiyuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan Muhamad Jailani pada 10 Jun 2023.

Muhamad Jailani sebelum ini menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas tiket PKR dan beliau antara empat ADUN Pakatan Harapan (PH) yang melompat menyokong Barisan Nasional (BN) bagi mengambil alih pentadbiran negeri pada Mac 2020.

Beliau dikatakan dipecat PKR, sebelum mengumumkan menyertai UMNO bagi membolehkan dipilih bertanding semula mewakili BN pada Pilihan Raya Negeri 20 November 2021.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This