Kerajaan setuju dedah laporan siasatan Tragedi Double Six – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN bersetuju menyahklasifikasikan dan mendedahkan laporan akhir penuh siasatan tragedi Double Six yang mengorbankan 11 nyawa termasuk lima menteri Kabinet Sabah, 47 tahun lalu.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, kenyataan awal berhubung laporan siasatan tragedi Double Six itu akan dikeluarkan dalam tempoh satu dua hari dengan laporan penuh mengambil masa satu minggu.

Beliau berkata, kemalangan udara pesawat GAF Nomad pada 6 Jun 1976 itu menimbulkan banyak persoalan dan keresahan terutama kepada rakyat Sabah yang ingin mengetahui hasil daripada siasatan.

Perdana Menteri menjelaskan, keputusan tersebut diambil mengambil kira pandangan yang dikemukakan rakyat Sabah selama bertahun-tahun dan tuntutan dibuat keluarga waris ang menginginkan maklumat terperinci.

“Terkait dengan siasatan kemalangan udara pesawat milik Sabah Air yang mengakibatkan kehilangan nyawa pemimpin utama Sabah.

“Selama ini kerajaan tidak memutuskan untuk menghebahkan, menzahirkan atau menyahklasifikasikan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88).

“Kita memutuskan laporan akhir siasatan kemalangan itu akan diturun taraf dengan semua maklumat itu kemudian akan dihebahkan melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri menjelaskan langkah untuk menyahklasifikasikan dokumen tersebut juga selari dengan dasar keterbukaan dan ketelusan diamalkan Kerajaan Perpaduan.

Baca artikel berkaitan: Petronas teruskan projek cari gali Laut China Selatan – PM

Anwar memaklumkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah memberikan pandangan berhubung perkara tersebut dari segi komplikasi undang-undang dan sebagainya.

“Itu memang tanggungjawab AGC untuk menasihatkan Jemaah Menteri untuk sedar dengan implikasi yang mungkin berlaku.

“Namun setelah meneliti, kami merasakan kita ada tanggungjawab terutama kepada rakyat Sabah dan keluarga mangsa mengetahui apa yang berlaku.

“Saya tak rasa maklumat yang penting kepada keluarga, negeri dan rakyat seperti ini patut diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972,” jelas beliau.

Tragedi Double Six yang berlaku pada 6 Jun 1976 itu mengorbankan Ketua Menteri Sabah pertama, Tun Mohammad Fuad Stephens bersama beberapa lagi menteri Kabinet Sabah.

Pada hari kejadian, Tun Fuad menaiki pesawat GAF Nomad buatan Australia dari Labuan ke Kota Kinabalu untuk menghadiri jamuan rasmi dengan Menteri Kewangan Persekutuan dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah di Istana Negeri.

Bagaimanapun, pesawat itu terhempas di perairan Sembulan ketika ia menghampiri Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Tragedi itu turut mengorbankan Menteri Kewangan negeri, Datuk Salleh Sulong; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Peter Mojuntin; Menteri Kerja Raya dan Komunikasi negeri, Datuk Chong Tien Vun; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Darius Binion serta Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan negeri, Datuk Wahid Peter Andu.

Turut terbunuh, Dr Syed Hussien Wafa (Pengarah Unit Perancangan Ekonomi), Ishak Atan (Setiausaha Sulit Tengku Razaleigh Hamzah), Kapten Gandhi Nathan (juruterbang), Koperal Said Mohamed (Pengawal Tun Fuad) dan Johari Stephens (anak sulung Tun Fuad).

Tun Fuad ketika itu menjadi Ketua Menteri Sabah buat kali kedua selepas Pilihan Raya Umum pada 1976 apabila Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) diterajui beliau berjaya membentuk kerajaan menggantikan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan sebanyak 24,677 kertas undi pos kepada individu yang berhak untuk mengundi secara pos. Setiausaha...

More Articles Like This