KEMENTERIAN Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini dikenali sebagai Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dengan mengekalkan akronim yang sama iaitu MITI.
Unit Komunikasi Strategik MITI memberitahu, penukaran itu dibuat seiring dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam Mesyuarat Kabinet minggu lalu.
Jelasnya, penjenamaan ini bertepatan dengan fungsi kementerian sebagai peneraju dan bertanggungjawab menggalakkan kemasukan pelaburan asing, memperkasakan pelaburan tempatan, memantapkan perdagangan antarabangsa serta memperkasakan pembangunan industri yang lestari dan mampan.
“Keputusan ini juga adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk merancakkan lagi aktiviti penggalakan pelaburan seperti yang digariskan di bawah Aspirasi Pelaburan Nasional bagi kesinambungan pembangunan semula ekonomi negara seperti yang digariskan di dalam wadah Kerajaan Madani,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: MAIPs peruntuk RM505,000 untuk pengurusan 101 masjid bagi tahun ini
Katanya lagi, dengan penjenamaan ini, MITI terus komited untuk menarik pelaburan baharu berkualiti dan berimpak tinggi, selain memperluaskan jaringan perdagangan antarabangsa.
Pada masa sama, kementerian juga bertekad untuk memperkukuhkan sektor industri sedia ada sebagai penyumbang utama kepada pembangunan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat dan sektor perniagaan, terutamanya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

