PRN: PH, BN selesai 80 peratus agihan kerusi

Dari Penulis

PAKATAN Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sudah menyelesaikan 80 peratus proses agihan kerusia menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, baki 20 peratus lagi masih memerlukan perincian serta perbincangan sebelum dimuktamadkan.

“Alhamdulillah perbincangan berhubung agihan kerusi untuk PRN membabitkan enam negeri tidak berdepan sebarang masalah besar dan perundingan berlangsung dengan lancar serta cukup positif.

“Setakat ini saya boleh katakan 80 peratus sudah capai persefahaman dan bakinya perlu perincian berdasarkan parameter yang ditetapkan.

“Suasana di antara PH dan BN berhubung agihan kerusi ini amat harmoni sekali meskipun ini adalah kali pertama gabungan berlaku. Masing-masing bersikap terbuka,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Aidilfitri: JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota seluruh negara

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis makan colek bersama media, malam tadi.

Asyraf Wajdi menambah, pemilihan calon dibuat berdasarkan lima parameter yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Perundingan.

“Saya tidak mahu memperincikan parameter berkenaan kerana ia adalah strategi kami, namun ia adalah asas untuk pimpinan negeri masing-masing memilih calon.

“Jawatankuasa Perundingan akan mengadakan mesyuarat berhubung agihan kerusi pada minggu pertama syawal.

“Kita beri peluang kepada pimpinan PH dan BN di peringkat negeri masing-masing untuk memilih calon yang layak bertanding pada PRN nanti,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PM umum peruntukan tambahan RM1 juta Tabung Kasih@HAWANA

BAGI menyokong kebajikan pengamal media di negara ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan tambahan...

More Articles Like This