SEORANG pemandu lori ditahan kelmarin selepas aksinya bermain mercun di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 berhadapan stesen minyak Ampang, tular di laman sosial.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek berusia 35 tahun itu ditahan pada pukul 10 malam di tepi Jalan Dagang.
Beliau berkata, suspek membakar mercun jenis ‘cake (138) shot’ kerana diminta oleh pelanggan premis milik rakannya.
“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencing adalah negatif dadah.
“Suspek direman selama empat hari sehingga Rabu,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Mohamad Farouk berkata, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan perbuatan menggunakan bahan letupan yang boleh membahayakan nyawa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

