Segerakan pembaharuan, daya saing Malaysia tarik pelaburan asing makin luntur

Dari Penulis

BENAR kata Menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bahawa persaingan menarik pelaburan asing semakin sengit. Landskap persaingan global telah berubah dengan nyata. Struktur geopolitik kuasa besar ekonomi AS-China memberi kesan kepada semua, termasuk Malaysia.

Dari AS$175 bilion pelaburan asing yang masuk ke rantau Asia Tenggara dalam tahun 2021, sekitar 7% mendarat di Malaysia. Negara jiran Singapura mengaut 57%. Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina pula kini semakin mantap.

Daya saing kita jelas semakin luntur. Dahulunya, di tahun 1980, 35% milik kita. Kini hanya sekitar 7%-8% sahaja.

Kadar peratusan pelaburan asing ke negara-negara di Asia Tenggara

Daya saing global kita ‘merudum’! Mengikut penarafan daya saing global oleh IMD yang sering dirujuk, dari tangga ke-10 terbaik dunia di tahun 2010, dalam tempoh 13 tahun Malaysia menurun ke tangga 32, tahun 2022. Agaknya tiba 2030 di mana kedudukan kita?

Saya tidak dapat mengelak dari menyedarkan semua bahawa kedudukan kita tercabar. Maaf. Ini bacaan berdasarkan fakta. Tanggungjawab saya sebagai ahli ekonomi. Untuk kita semua. Untuk negara kita.

Benar kita tidak mengejar jumlah semata-mata. Aspirasi Pelaburan Negara (NIA-National Investment Aspirations) jelas meletakkan lima ciri utama yang mesti turut dinilai-kecanggihan teknologi pelaburan, kualiti pekerjaan yang dicipta, limpahan peluang kepada IKS domestik, impak kepada industri strategik negara dan juga implikasi kepada mengecilkan jurang pembangunan wilayah.

Saya amat setuju dengan lima teras NIA. Malaysia perlu lebih strategik dalam menarik pelaburan. MITI perlu kongsi kemajuan dalam setiap satu dari lima teras NIA ini.

Baca artikel berkaitan: Daya saing menarik pelaburan negara merisaukan, perlu ditangani segera

Kadar peratusan pelaburan asing negara menunjukkan penurunan

Mungkin Jabatan Perangkaan Malaysia boleh mula melaporkan data untuk setiap lima teras ini. Tidak cukup dengan tradisi laporan ‘Approved Investment’, pelaburan yang diluluskan. Dengan kejelasan data, kita semua dapat menilai dengan ukuran yang sama. Segerakan.

Webinar MINDA-UKM bersama sekumpulan wakil industri, pelabur, dan ahli ekonomi baru-baru ini merisaukan saya. Perbincangan tertumpu kepada cabaran untuk Malaysia menjadi hub pelaburan global. Apa yang perlu Malaysia utamakan?

Tiga perkara pokok menjadi cabaran utama:
1) Kualiti pelaburan yang berjaya dibawa masuk,
2) Kesediaan dan kecukupan bakat/sumber manusia yang ada, dan
3) Kepantasan dan keselarasan keputusan dan peraturan oleh kerajaan persekutuan, negeri, dan PBT. In short, Ease of Doing Business, masih membelenggu kita.

Malaysia turun ke tangga 32 dalam Kedudukan Daya Saing Global pada tahun 2022

Jangan sama sekali menyalahkan kerajaan hari ini. Trend kejatuhan ini bukan sesuatu yang baharu. Kita perlu bergerak ke hadapan, lebih masa melihat ke hadapan bukan ke belakang.

Jadikan ini sebagai cabaran untuk kita tangani bersama. Sekali lagi, ini BUKAN tanggungjawab MITI sahaja. Banyak kementerian yang terlibat dan perlu menyegerakan pembaharuan.

Malaysia mesti gerak bersama. Koordinasi antara semua yang terlibat AMAT penting. Umumkan pembaharuan dan langkah strategik yang akan Malaysia ambil. Pelabur menanti tawaran kita.

MINDA-UKM: Bersama Malaysia

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This