Anak sambut ulang tahun kelahiran ke-20, Kajol & Ajay Devgan titip ucapan indah

Dari Penulis

BINTANG Bollywood terkenal, Kajol atau Kajol Mukherjee menitipkan ucapan hari lahir yang tstimewa buat anak sulungya, Nysa Devgan yang ke-20 di Instagram miliknya hari ini.

Menurut bintang filem Kuch Kuch Hota Hai ini, dia memberikan pujian yang tinggi dan meluahkan rasa sayang terhadap anak perempuannya itu.

Ini kami dan kisah kami selamanya. Saya sangat suka gurauan dan hiburan daripada awak dan awak baik hati. Saya sayang awak ‘baby girl’ dan semoga awak sentiasa senyum dan tertawa dengan saya,” tulisnya di kapsyen Instagram tersebut.

Hantaran itu dimuat naik beberapa jam lalu dan telah mengumpul lebih dari 200,000 tanda suka dan lebih 1,300 komen di entri tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, netizen turut meninggalkan komen yang cukup indah dan memberikan kata-kata semangat buat Nysa sempena ulang tahun kelahirannya.

“Selamat ulang tahun kelahiran kepada Nysa yang cantik! Dan selamat berbahagia kepada ibu bapanya yang dibanggakan dan disayangi.

“Selamat ulang tahun kelahiran untuk Nisa yang disayangi!” tulis netizen.

Dalam pada itu, Ajay Devgan atau Vishal Veeru Devgan, 54, juga memuat naik hantaran di Instagram miliknya mengucapkan selamat hari lahir secara ringkas kepada anaknya, Nysa.

“Selamat ulang tahun kelahiran ‘baby’,” tulisnya.

Hantaran tersebut mendapat 100,000 lebih tanda suka dan hampir 2,000 komen pada perkongsian terbabit.

Untuk rekod, Kajol dan Ajay mendirikan rumah tangga pada 24 Februari 1999 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Nysa Devgan dan Yug Devgan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Baby Shima angkat Bahasa Iban dalam Asai Ke Mimpi, tanda penghargaan buat Sarawak

Penyanyi popular, Baby Shima dilihat semakin mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik apabila tampil dengan single berbahasa Iban berjudul Asai...

More Articles Like This