Dr M banyak ‘berkhilaf’ tapi titik persamaan wajib ambil kira – Abdul Hadi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengakui walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad banyak ‘berkhilaf’ dengan Pas, namun titik persamaan wajib diambil kira.

Ia susulan pertemuan pemimpin Pas termasuk dirinya dengan bekas Perdana Menteri itu bagi menandatangani Proklamasi Orang Melayu yang diusahakan Dr Mahathir.

Abdul Hadi dalam catatan Minda Presiden Pas memaklumkan, titik persamaan itu wajib diambil kira dan bersatu menunaikan kewajipan agama, bangsa dan negara bersama Islam.

Beliau berkata, antara topik perbincangannya dengan Dr Mahathir adalah wajibnya perpaduan kaum Melayu Islam yang menjadi majoriti penduduk asal Malaysia serta majoriti masyarakat majmuk.

“Diadakan pertemuan dan perbincangan bersama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang negawaran yang telah berpolitik dalam tempoh masa yang sangat panjang.

“Banyak pengalamannya sejak zaman penjajah sehingga negara mencapai kemerdekaan. Malah, beliau juga pernah dua kali menjadi Perdana Menteri.

“Walaupun beliau banyak ‘berkhilaf’ dengan Pas, namun banyak titik persamaan yang wajib diambil kira dan bersatu menunaikan kewajipan agama, bangsa dan negara bersama Islam.

“Maka, perlu dijelaskan perbezaan antara semangat kebangsaan yang dijadikan ideologi dengan konsep kebangsaan yang menjadi fitrah manusia mengikut ketetapan Allah SWT dan peranannya dalam melaksanakan kehidupan bermasyarakat,” katanya dalam catatan tersebut, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi turut menyeru pemimpin Melayu Islam untuk menyatukan kaumnya, bukan kerana rasis tetapi meletakkan kuasa politik ke landasan betul dalam keadaan Melayu tidak fanatik perkauman.

Baca artikel berkaitan: Usahlah gelabah bila pemimpin Melayu bertemu

Jelas beliau, sekiranya terus dibiarkan, Melayu akan bertindak salah juga dengan semangat fanatik perkauman yang berlaku secara automatik tanpa dikawal.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, orang Melayu Islam berpecah belah kerana masalah furu’ (cabang), atau perbezaan fahaman politik atau tidak mengundi kerana benci akan politik, atau menganggap politik itu tidak penting.

Beliau berkata, keadaan itu berbeza dengan bukan Islam yang tetap bersatu demi bangsa masing-masing tanpa mengira fahaman politik yang sedang berlaku sekarang.

“Kesilapan dan berdosa besar bagi orang Melayu Islam berpecah belah dengan niat yang salah, apabila dengan sebabnya melemahkan kuasa politik kaum Melayu Islam yang wajib memimpin negara,” katanya.

Semalam, tersebar gambar tanpa keterangan mengenai pertemuan Abdul Hadi dan Dr Mahathir yang turut disertai beberapa pemimpin PAS dan sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Selain pemimpin PAS turut kelihatan dalam gambar tanpa keterangan itu Marzuki dan Pengerusi Biro Mobilisasi Sekretariat Proklamasi Orang Melayu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Difahamkan, setakat ini, beberapa pemimpin BERSATU dan UMNO turut menandatangani proklamasi itu atas kapasiti peribadi masing-masing.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This