KEMATIAN aktivis Palestin, Allahyarham Sheikh Khader Adnan ketika dalam tahanan di penjara Israel disifatkan akibat kecuaian pihak berkuasa rejim tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Na’im Mokhtar berkata, keengganan pihak berkuasa Israel untuk menyediakan kemudahan perubatan hingga menyebabkan kematian Sheikh Khader adalah sangat tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab.
Katanya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang berdukacita atas kematian itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga aktivis Palestin tersebut.
Menurut Na’im, Allahyarham Sheikh Khader dilaporkan meninggal dunia di penjara Israel, Selasa lalu selepas menghabiskan 86 hari mogok lapar.
Baca artikel berkaitan: Agong dukacita, kutuk keras serangan rejim Israel ke atas Masjid Al-Aqsa
“Ia sebagai tindakan protes dan membantah penahanan sewenang-wenangnya pihak Israel terhadap rakyat Palestin serta layanan kejam terhadap tahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Na’im turut menyeru semua pihak menyatakan solidariti dan sokongan kepada rakyat Palestin yang masih dipenjarakan tanpa sebarang perbicaraan semata-mata kerana perjuangan menuntut kemerdekaan negara itu.
Beliau turut menyatakan rasa sedih kerana tahanan Palestin di penjara Israel juga termasuk golongan wanita dan kanak-kanak yang terus ditindas rejim tersebut.
“Kezaliman serta penyeksaan yang diperlakukan kepada tahanan Palestin adalah sesuatu yang bertentangan dengan prinsip keadilan dan hak asasi manusia.
“Dalam apa juga ruang yang ada, semua pihak perlu mengutuk tindakan rejim Israel sebagai isyarat jelas masyarakat dunia yang menolak sebarang bentuk kezaliman dan penganiayaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

