Tak beri peruntukan kepada pembangkang ulangi skrip politik dendam kesumat – Pas

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta mengutamakan kepentingan rakyat dalam isu agihan peruntukan wakil rakyat pembangkang.

Semua pihak diminta mengambil panduan daripada titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah agar wakil rakyat pembangkang juga diberi peruntukan yang adil.

Ini merujuk kepada titah baginda dalam Sidang Dewan Negeri Pahang bagi Mesyuarat Pertama Penggal Kedua yang berlangsung, baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Ir Ts Khairil Nizam Khirudin menegaskan, tindakan mengenepikan peruntukan oleh kerajaan selama ini hanya mengulangi skrip politik dendam kesumat.

Ujarnya, ianya amat bertentangan dengan agenda yang pernah Anwar perjuangkan semasa menjadi Ketua Pembangkang.

“DYMM Tengku Hassanal dalam titah baginda menyatakan bahawa dalam tempoh 66 tahun ini sepatutnya semua pihak telah matang dan menjadi kerajaan yang meraikan pembangkang kerana mereka juga telah dipilih oleh rakyat.

“Kami mengulangi gesaan ini kerana kepentingan rakyat perlu diutamakan, bukan hanya survival politik yang menafikan hak wakil rakyat pembangkang yang sah dipilih oleh rakyat.

“Peruntukan juga perlulah diberikan tanpa syarat. Hormatilah pilihan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Persijilan halal untuk menu baharu dipercepatkan

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, secara prinsipnya beliau bersetuju untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang seperti yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata, ia perlu dimulakan dengan proses rundingan oleh kedua-dua pihak terlebih dahulu untuk membincangkan kaedah yang terbaik selain mencari titik kesefahaman.

“Kalau ada persefahaman, itu boleh berjalan. Saya cadangkan adakan proses rundingan dan kita cari kaedah dan secara prinsipnya saya tidak menolak memberi peruntukan kepada pembangkang seperti mana yang diberikan kepada Ahli Parlimen kerajaan.

“Tetapi proses rundingan belum berlaku, yang ada proses permusuhan. Jadi saya usulkan mulakan proses rundingan dan saya akan tugaskan Ketua Whip dan menteri berkenaan runding dan kita putuskan. kalau cepat selesai, cepat lulus. Kalau selesai esok, lusa kita boleh lulus,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemandu Lexus positif dadah rempuh remaja hingga maut

SEORANG remaja lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah yang terbabas ke laluan...

More Articles Like This