Pemuda UMNO bawa 5 resolusi ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan

Dari Penulis

PERGERAKAN Pemuda UMNO menerima lebih lima resolusi untuk dibawa ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang akan berlangsung, esok.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, resolusi itu dikemukakan oleh sayap pemuda UMNO negeri dan dikumpul sebelum yang terbaik akan dipilih untuk dibawa ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

“Resolusi yang terbaik dibentangkan dan dipilih pada Konvensyen Pemuda Kerajaan Perpaduan di sebelah pagi kemudian akan dibawa ke Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan, kita akan nyatakan apakah resolusi pemuda Kerajaan Perpaduan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Dataran Orang Kampung, Merlimau, malam tadi.

Baca artikel lain: Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem – Muhammad Haiqal

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, resolusi itu nanti sudah pastinya akan memperkukuhkan lagi kerjasama semua sayap pemuda dalam Kerajaan Perpaduan.

“Sudah semestinya kita hendak perkuatkan kerjasama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan ini,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This