PERTEMUAN antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh demi memastikan legasi bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diteruskan.
Pada masa sama, Anwar turut bertanya khabar kepada Nik Mohamad Abduh dan abangnya, Nik Omar.
Memetik laporan BH Online, pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussin memaklumkan, pertemuan itu atas semangat memastikan legasi Nik Abdul Aziz berterusan dalam banyak aspek.
Kata beliau, ia termasuk aspek pendidikan Islam serta politik berasaskan kemanusiaan dan persaudaraan.
“Dalam pada itu, Perdana Menteri bertanya khabar berkenaan perkembangan terkini berkenaan dua anak tok guru ini.
“Perdana Menteri ada menyebut berkenaan semangat persaudaraan antara beliau dengan ramai teman lama beliau, termasuk Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang,” katanya.
Baca artikel berkaitan: Nik Abduh jumpa PM bukan nak jadi calon PRN – Sumber
Mengulas lanjut, Wan Ji turut mengesahkan pertemuan berkenaan membangkitkan tentang isu politik.
Beliau berkata, perkara tersebut berkisar tentang isu Kerajaan Perpaduan.
“Ada, terutama berkisar dalam isu Kerajaan Perpaduan dan hubungan persaudaraan yang Perdana Menteri berharap sangat ia berlaku antara beliau dan Presiden PAS.
“Selain sikap PAS dalam menangani isu yang dibangkitkan supaya tidak menggagalkan usaha membina negara,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua keping gambar Nik Mohamad Abduh ‘duduk’ bersama Anwar tular di media sosial.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah abangnya, Nik Omar, penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin serta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pelbagai spekulasi tercetus susulan tularnya gambar Nik Mohamad Abduh bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) tersebut.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

