Rayuan atas kesedaran kalimah Allah kekal milik umat Islam – Zulkifli

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

DATUK Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menegaskan rayuan kes penggunaan kalimah Allah dibuat atas dasar kesedaran bahawa ia kekal menjadi milik umat Islam di Malaysia.

Ia termasuk kalimah Baitullah, Kaabah dan solat terus menjadi milik umat Islam.

Beliau memaklumkan telah mengangkat isu tersebut semasa menjawat jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2021.

Zulkifli menegaskan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada tahun 2008 telah memutuskan bahawa lafaz Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama dan umat Islam.

Tegas Zulkifli, ia juga tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.

“Setelah segalanya lengkap, saya bentangkannya dalam mesyuarat Jemaah Menteri dan proses rayuan oleh Kerajaan Persekutuan terdahulu melalui Kementerian Dalam Negeri dimulakan.

“Tidak sedikit jerih payah yang dikerah oleh mufti serta Jawatankuasa Muzakarah MKI untuk berbincang, pertemuan demi pertemuan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penyusunan kertas penghujahan yang melibatkan ramai pakar dan tokoh akademik,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: Kalimah Allah: Keputusan tarik balik rayuan telah dimaklum ke Jemaah Menteri

Sehubungan itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berharap kerajaan dapat memberikan jawapan tuntas berhubung isu penarikan balik rayuan kes tersebut.

“Paling utama, keputusan untuk rayuan semula kes pada tahun 2021 adalah bagi menjunjung titah Sultan Johor dan Sultan Selangor yang menitahkan kerajaan pada ketika itu membuat rayuan semula bagi keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

“Saya amat berharap Kerajaan Madani melalui KDN ada jawapannya.

“Ini kerana Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selaku Menteri Dalam Negeri memaklumkan akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat berhubung isu kepentingan umat Islam ini,” jelas beliau.

Media hari ini melaporkan kerajaan bertindak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan seorang penganut agama Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dibuat pada 10 Mac 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu.

Notis tersebut menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan tidak berniat meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This