Kalimah Allah: Keputusan tarik balik rayuan telah dimaklum ke Jemaah Menteri

Dari Penulis

KEPUTUSAN Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik rayuan berhubung kes keputusan penggunaan kalimah Allah telah pun dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya telah pun mengemukakan nota kepada Kabinet berhubung keputusan menarik balik rayuan itu.

Jelas beliau, nota itu hanya satu makluman kepada Jemaah Menteri berhubung keputusan dilakukan KDN mengenai rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

“Saya sedar mengenai perkembangan itu. Saya sudah mengemuka nota kepada Jemaah Menteri beberapa bulan lepas mengenai tajuk (isu rayuan penggunaan kalimah Allah) ini.

“Nota jemaah menteri, dia ada dua bahagian. Kalau kamu mahu keputusan, ia adalah Memo Jemaah Menteri atau lain-lainnya adalah nota. Bermakna kami maklum kepada Kabinet mengenai keputusan KDN.

“Dalam kes ini, ia adalah keputusan dibuat KDN dan sudah dimaklum kepada Kabinet,” katanya seperti dilaporkan BH Online.

Baca artikel berkaitan: Kalimah Allah: PGSM dukacita, tuntut kerajaan beri penjelasan penuh

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution memaklumkan alasan penarikan balik rayuan itu akan dijelaskan dalam sidang media dalam masa terdekat.

“Kalau boleh bagi kami teliti balik dan akan kembali dengan fakta kepada media. Isunya keputusan mahkamah berkait penggunaan kalimah Allah yang sudah sampai kepada mahkamah yang di atas.

“Saya pilih untuk tidak memberikan penjelasan hari ini. Saya akan nyatakan dalam sidang media terdekat ini,” katanya.

Media hari ini melaporkan kerajaan bertindak menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan seorang penganut agama Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi tersebut dibuat pada 10 Mac 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan pada 18 April lalu.

Notis tersebut menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan tidak berniat meneruskan rayuan yang difailkan pada 12 Mac 2021.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This