Malaysia ambil langkah proaktif tangani Islamofobia – Anwar

Dari Penulis

MALAYSIA Malaysia akan mengambil langkah proaktif untuk menangani gejala Islamofobia yang membarah di negara luar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Menyingkap soal fahaman agama yang melampau, tentunya ini berpangkal pada soal pendidikan dan bagaimana masyarakat kita dididik dan diasuh.

“Sering diingatkan bahawa sayugia (sepatutnya) kita menjadi pendakwah dan bukan penghukum. Justeru penting untuk diketengahkan fahaman yang lebih sederhana serta membudayakan Adab al-Ikhtilaf dalam menyikapi perbedaan pandangan,” katanya menerusi catatan di Facebook rasmi hari ini.

Semalam, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meraikan ulama terkenal Zimbabwe Dr Mufti Ismail Menk, Syeikh Muhammad Salah dari Huda TV, Amerika Syarikat dan Syeikh Wael Ibrahim dari The Aware Academy, Australia di Putrajaya.

“Saya terharu dengan rasa senang dan nyaman Mufti Menk dan rombongannya sepanjang keberadaan mereka di Malaysia. Beliau berhasrat untuk kembali dengan lebih kerap ke sini.

“Saya nyatakan bahawa pintu kita sentiasa terbuka dan mudah-mudahan negara tercinta ini sentiasa mendapat limpahan berkat dari Allah SWT,” katanya.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penunggang maut dirempuh motosikal ketika lintas persimpangan lampu isyarat

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di persimpangan lampu isyarat jejantas atas Jalan Johor...

More Articles Like This