
TIGA lelaki Geng Sasi Navy yang dikesan aktif mencuri kenderaan di sekitar Lembah Klang, Perak dan Negeri Sembilan sejak hujung tahun diberkas pihak polis.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, dalang sindiket Sasi Navy berusia 40 tahun ditahan di Kampung Gajah, Perak, manakala dua lagi rakannya ditahan di Ipoh dan Nilai, Negeri Sembilan pada 13 Mei lalu.
Katanya lagi, susulan tangkapan itu, pihaknya merampas dua kenderaan dan peralatan dipercayai digunakan untuk mencuri serta beberapa nombor plat pendaftaran kenderaan palsu.

“Hasil siasatan mendapati sindiket itu menyasarkan kenderaan jenis Honda Civic dan Mitsubishi Pajero.
“Selepas sesebuah kenderaan itu dikenal pasti, salah seorang suspek akan menggunakan peralatan khas (jammer) untuk membuka kunci kenderaan itu,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Katanya, semua suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah dan direman bermula 14 hingga 18 Mei lalu bagi membantu siasatan.

“Semua suspek kemudian diserah kepada IPD Ipoh bagi membantu siasatan beberapa kes dipercayai dikaitkan dengan geng terbabit di daerah itu.
“Susulan penahanan itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak tujuh kes kecurian yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram