Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. GAMBAR IHSAN: Jabatan Penerangan Malaysia

KEPUTUSAN menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes penggunaan kalimah Allah bertujuan mengelak sebarang keputusan dibuat berterusan bercanggah keputusan Majlis Raja-Raja Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penarikan rayuan memberi ruang kepada kerajaan menambah baik semua aspek, malah ia juga selaras pandangan dan nasihat Peguam Negara.

“Peguam Negara berpendapat rayuan bertentangan dengan (keputusan berkaitan kalimah Allah yang dibuat) Majlis Raja-Raja Melayu. Peguam Negara (juga berpendapat) kes lemah kerana peraturan dibuat KDN.

“Justeru, keputusan dibuat atas pandangan untuk perkemas. (Jika) kita buat (teruskan rayuan) kes (akan) bangkit lagi (di mahkamah kerana kes lemah).

“(Jadi) kita tamatkan dengan pinda supaya tak ada kes lagi. Ini jelas satu kekuatan, apa (yang) lemahnya,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) ketika Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.

Baca artikel lain: Dewan Rakyat: PM perjelas penarikan rayuan kes kalimah Allah hari ini

Pada 15 Mei lalu, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah, Baitullah, Kaabah dan solat dalam penerbitan bahan agama bagi tujuan pembelajaran.

Terdahulu ketika menjawab soalan asal Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai), Anwar mengesahkan penarikan balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Jelasnya, baginda juga memberi pandangan supaya semua keputusan harus terikat dengan keputusan dibuat Majlis Raja-Raja Melayu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram