
SIASATAN oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa parti Perikatan Nasional (PN) menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, SPRM telah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, SPRM mendapati maklumat tersebut terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.
“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen pilihan raya umum yang lalu.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kemungkinan PN memperoleh dana politik dari syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya.
PAS menyifatkan mustahil untuk PN menerima dana politik dari tauke dan syarikat judi ketika parti itu tegas menutup tempat perjudian, malah pernah dituduh Taliban.
BERITA BERKAITAN SPRM laksana program bersasar, cegah isu kartel dan ketirisan dana kerajaan
Bbekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, selepas lima bulan berlalu kerajaan di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim menghasilkan imej dan persepsi buruk terhadap PN.
“Ini terang-terang fitnah besar dan dahsyat sekali! Kerajaan PH-Barisan Nasional ini cuba menafikan kebangkitan gelombang rakyat pada PRU15,” katanya dalam kenyataan di Facebook miliknya hari ini..
Beliau yakin tuduhan tersebut adalah sebahagian dari strategi keji PH-UMNO untuk mencipta persepsi buruk terhadap PN dan pemimpin PN.
“Apa lagi lakonan yang mahu dimainkan oleh kerajaan ini, selain ajak pelajar sekolah dan penjawat awam tonton filem sendiri yang gah sangat tu, terus-menerus tidak peduli rintihan suara rakyat, kos sara hidup dan ekonomi tak stabil. Rakyat masih tak lupa janji nak turunkan harga petrol RM1.50!,” tambahnya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram