Sanusi imbau sejarah Kedah, Pulau Pinang – ditipu Inggeris, rakyat menderita

Dari Penulis

SEJARAH Kedah terpaksa mengambil tindakan memajak Pulau Pinang kepada Francis Light pada 1786, kekal menjadi peristiwa sentimental kepada rakyat dan kesultanan negeri itu, sehingga hari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Kesultanan Kedah mempunyai susur galur pemerintahan yang tidak pernah terputus selama 1,000 tahun dengan Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang memerintah ketika ini, adalah Sultan Kedah Ke-29.

Jelasnya, peristiwa penjajahan Light dan penipuan Inggeris berlaku kepada Kesultanan Kedah pada tahun 1786, 1821, 1863 dan 1923 yang berlaku ketika pemerintahan Sultan Kedah Ke-20, 21 dan 22.

“Semua peristiwa itu tidak jauh daripada kita, kita boleh tengok apa Inggeris buat masa itu sehingga dapat ambil Pulau Pinang sehingga dijadikan Negeri Selat.

“Semua orang Kedah jika baca peristiwa itu akan menangis kerana banyak penderitaan terpaksa dilalui rakyat dan Kesultanan Kedah akibat Pulau Pinang. Selepas perjanjian pajakan, Inggeris janji melindungi Kedah daripada Siam, tetapi Inggeris tak tolong, malah bagi senjata kepada Siam.

“Ketika Perang Musuh Bisik berlaku antara 1786 hingga 1821, pengkaji sejarah menganggarkan penduduk Kedah berjumlah 60,000 orang, tetapi selepas perang, penduduk Kedah hanya tinggal 6,000 orang,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, Muhammad Sanusi berkata, ketika itu berpuluh ribu rakyat Kedah dibunuh kejam, disembelih, kanak-kanak dihempuk ke pokok selain ada rakyat dihanyutkan di dalam perahu yang kemudian dibakar tentera Siam.

BERITA BERKAITAN Dakwa P.Pinang milik Kedah, Sanusi perlu faham Perlembagaan – PM

Katanya, dakwaan bahawa Siam pernah menjajah Kedah juga tidak benar kerana tiada dokumen rasmi menunjukkan Siam mentadbir negeri itu, sebaliknya semua pemerintahan dilakukan Sultan Kedah sehingga kini.

“Kedah masih ada rasa sentimental dalam semua sejarah itu, takkan nak suruh kita lupa saja kekejaman, penipuan, penindasan, kelaziman hingga Sultan Kedah terpaksa tinggal di dalam perahu di kuala Sungai Merbok. Semua derita itu masih bernanah, jika disentuh masih berdarah.

“Ada kata kalau kita ungkit ini semua, maka Thailand akan ungkit semula pemilikan mereka ke atas Kedah. Seluruh dokumen sejarah dan penghakiman 1906 dalam kes Tengku Saad yang didakwa menyerang Siam, hakim mendapati Kedah adalah negeri berdaulat dan tidak ada dokumen menunjukkan berlaku pemerintahan efektif Siam ke atas Kedah.

“Malah ketika Siam dikatakan menjajah Kedah sekalipun, segala pentadbiran masih dibuat Sultan Kedah yang dibuktikan melalui surat putus kecil atau geran tanah yang dikeluarkan dan ditandatangani Sultan Kedah,” katanya.

Mengulas mengenai bayaran ufti yang pernah dibayar Kedah kepada Siam, Muhammad Sanusi menjelaskan pembayaran itu hanya berlaku ketika pemerintahan Kerajaan Ayutthaya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Farhash terus setia perjuangan reformasi, kekal bersama Anwar

DATUK Seri Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak disifatkan antara pemimpin PKR yang terus setia dengan perjuangan reformasi ditampilkan parti...

More Articles Like This